Tiada perasaan dan idea untuk menulis di blog ini. Ops, bukan blog saja, tapi dimana-mana. Melainkan kalau dipaksa oleh
encik leader di tempat kerja saya. Kalau saya boleh katakan TAK NAK!! pada beliau tentu saya tidak akan menulis langsung..
Tapi hari ni saya kebosanan.. Sahabat kerja saya dari negara lain itu bercuti hari ini. Pakciknya meninggal dunia. Itu pun saya ketahui setelah menerima email bertajuk '***** is on leave today as his Uncle Expired'. Sepertimana roti gardenia, manusia juga akan 'expired' suatu hari nanti, cuma 'date' tidak dicop di badan kita. Bayangkanlah kalau ada!!
Kerana sahabat saya itu tidak hadir hari ini, saya menyangkakan tugasan saya akan jadi ganda 2x. Tapi rupanya telahan saya itu salah. Menyimpang jauh. Saya malah menghabiskan hari ini dengan tidur-tidur dan berjalan-jalan. Sistem-sistem yang saya sokong berperangai baik hari ini. Mungkin mereka tahu sahabat saya itu cuti. Heh!
Tadi siang saya separuh hati hadir ke training "Writing Skill" di tingkat satu. Saya telah dengan baik memujuk hati saya untuk pergi. Jam 3 Petang. Mungkinkah kerana itu saya rasa ingin menulis di sini malam ini? Oh, bukan itu sebabnya.. Seperti mana tajuk, saya hanya ingin menjawab TAG yang di beri oleh si
chocho yang chumel.. Mungkin agak terlewat, tapi maafkan saya. Saya baru menyedarinya setelah berjalan-jalan tadi. Mari lihat, apa yang TAG ini mahu tahu
Buruk Perangai Sebab- mane ade kite buruk perangai.. pandai2 je tanye soklan ni :P
Sukakan- Banyak benda yang saya suka.. Tapikan kadang2 sy bleh xsuka dgn ape yang sy suka.. ntah, sndiri pn tak faham
Tidak Sukakan-Sila terbalikkan maksud jawapan sebelum ini, sekian.
Berkebolehan Pada-Oh, tiada kebolehan istimewa. Cuma saya boleh tidur 12 jam sehari kalau xada orang kejut kan saya. Erkk.. kebolehan ke tu?
Bermatlamat Untuk- Kata orang hidup ni kena ada matlamat. Matlamat saya ialah erk.. ape matlamat aku ye?
Sayangkan-Saya sayangkan mak, ayah, abang, kakak, adik, kakak ipar, abang ipar, tok, tok wan, mak sedara, ayah sedara,anak sedara, sepupu sepapat, jiran tetangga, kawan-kawan..ermm..arrr.. uuhh..sape lagik nih??!! Pendek kata semua la saya sayang!! P.S I Love You
Saya mahu tag siapa seterusnya? Entah, tiada nama yang spesifik! sesiapa saja yang berminat, sila buat tag ini, sekian.
p/s buat chocho - ini adalah satu-satunya tag yang saya buat setakat ini. Saya gembira melihat gambar pertunangan kamu. Maaf kerana saya tidak hadir pada hari bahagia kamu itu. Hari perkahwinan nanti, InsyaAllah saya akan sampai ke Pahang..